EEQA KITCHEN: Resepi Karipap Daging dan Kentang

Petang-petang macam ni sedapnya kalau dapat masak karipap daging hasil buatan anda sendiri kan? Masak inti karipap sendiri. Kalau karipap buatan sendiri, boleh pilih nak letak daging ke letak ayam, nak letak banyak-banyak pun boleh. Ikut tekak masing-masing. Nak tambah telur puyuh rebus sebiji dalam tu pun boleh. Sedap.

Resepi ni Eeqa belajar daripada MY MAK: Puan Latifah. Resepi ni juga Mak belajar daripada nenek. Kira resepi turun temurun la ye. Karipap ni kalau zaman dulu-dulu Mak siap jual kat berek polis. Kalau nenek pula siap jual kat kantin sekolah. Nenek buat comel-comel je. Harga 1 karipap adalah 5 sen. Murahnya?

Sebelum buat karipap ni, Eeqa akan sediakan inti karipap ni dulu
sebab nak tunggu daging empuk dah makan masa, nak tunggu kentang empuk pun agak lama juga. Mari kita lihat bahan-bahan untuk inti dan kulitnya dulu.

RESEPI KARIPAP DAGING DAN KENTANG

Bahan-bahan Inti:

1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 biji kentang
1 sudu cili kering
Ikan Bilis
Serbuk Kari
Daun Kari
Daging
Daun Bawang
Gula
Garam

Bahan-bahan Kulit:

1 sudu Mentega/Butter (dipanaskan dalam kuali)
Tepung Gandum
1 biji Telur
Secawan Air
Garam

Minyak untuk Menggoreng


Cara-cara Membuat Inti:

1. Potong bawang besar dan kentang dadu-dadu. Macam ni.




2. Blander bawang kecil, bawang besar dan ikan bilis seperti gambar rajah di bawah.


3. Tumiskan bahan-bahan yang sudah di blander tadi sehingga naik bau dan kekuningan. (Lupa, nak sedap tumis pakai mentega). Kemudian, masukkan sedikit cili kering dan serbuk kari (bancuh dengan air terlebih dahulu).


4. Kemudian masukkan daging yang di potong dadu. (Daging hendaklah di rebus terlebih dahulu bersama halia yang dikisar. Air rebusan daging janganlah di buang.)


5. Kemudian masukkan kentang yang di potong dadu tadi dan masukkan air rebusan daging. (kalau yang menggunakan ayam, boleh masukkan air rebusan ayam. Siapa tiada air rebusan, memadai memasukkan air mineral). Reneh sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan daun kari, gula, garam dan daun bawang. 


6. Pekatkan kuahnya seperti gambar di bawah supaya kuah tak meleleh masa masukkan dalam kulit karipap.

Tadaaa. Siap sudah intinya.


Cara-cara Membuat Kulit Karipap:

1. Panaskan minyak / mentega dalam kuali



2. Kemudian, masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung yang di kosongkan ditengahnya dan masukkan sebiji telur.


3. Masukkan air + garam ke dalam adunan tadi. Uli sehingga tepung tadi sebati seperti gambar rajah di bawah. Biarkan seketika sehingga betul-betul set (ni ayat Mak ye).



4. Selepas itu, bulat-bulatkan adunan tadi seperti ini. Ikut anda nak karipap besar-besar ke kecil-kecil. Eeqa suka kalau sedang-sedang je. Macam ni. (siap ada pembantu tau hari tu masa buat karipap ni, si kecil molek Sarah Irsalina. Yang kecik2 sangat tu Sarah yang buat ye). Say Cheese.






5. Bila dah siap bulat-bulat macam ni, senanglah bila nak leper-leperkan dia. Kemudian masukkan initi tadi dan kelim kan tepi dia. Part paling tak sabar Eeqa nak buat adalah kelim tepi tu. hihi. best.





Dah siap karipap Eeqa. Kalau ada lebih, berilah kepada jiran tengga atau boleh juga di frozenkan. Sebelum frozen, goreng sekejap karipap tadi, kemudian angkat, sejukkan dan simpan dalam plastik barulah masukkan dalam peti sejuk.

Bolehkan semua buat karipap ni? Selamat Mencuba. Dah siap bagi Eeqa rasa sikit ye. 

Luv ya.

No comments:

Powered by Blogger.